Thursday, August 30, 2012

Kata - Kata Semangat Untuk Murid - Murid Tahun 6



Musim peperiksaan UPSR semakin hampir. Bagi calon-calon UPSR SMUA Al-Fitrah untuk tahun 2012 ini, kamu semua perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kekalkan kata-kata motivasi dalam diri contohnya.....'Aku Yakin Boleh....' atau 'Aku Boleh Dapat 5A'....atau 'Aku Akan Berusaha Bersungguh-sungguh, Tidak Mahu Hampakan Harapan Mereka'.....

Sebagai murid, kata-kata semangat atau ayat motivasi ini penting untuk membangkitkan semangat dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang. Kata-kata ini jugalah yang harus diucapkan oleh setiap guru-guru bagi memberikan mereka ini dorongan walaupun ucapan itu harus berulang-ulang kali. Sekaligus, anak-anak murid kita akan sentiasa mengingati kata-kata yang membakarkan semangat mereka untuk berjaya.

INGAT....jangan cepat mengalah supaya kita kalah....
INGAT...Kegagalan hari ini akan memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya.
Ayuh...anak-anak...bangkit dan teruskan berjuang.....
Kejayaan dan Kegagalan adalah berpunca dari diri kita sendiri.

 
Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.

Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

 
 Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.


 Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri Anda yang Anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

No comments:

Post a Comment